CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 10 Januari 2009

Aktiviti membuat bubur Asyura di Benta...



Pada 10 januari 2009 komuniti di Benta telah bersepakat membuat bubur asyura sempena maal hijrah ini,mereka membuat bubur asyura di perkarangan masjid Benta,mereka telah mengatur kerja dengan baik antaranya pembahagian group wanita,ada yang basuh ayam,basuh daging,
potong bawang,potong ubi keledek,labu,dan sebagainya untuk di buat masak tengah hari........
Bagi lelaki pula mereka bahagian memasak,mengacau,menyediakan peralatan memasak antaranya menyediakan dapur,tungku tempat masak dan sebagainya...Komuniti di Benta ini sememangnya bersepakat dalam melakukan pelbagai aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada kampung.Semangat bergotong-royong dan kerjasama yang diberi dari setiap orang maka sesuatu program yang dirancang akan berjalan lancar dengan jayanya tanpa ada cacat celanya.

Isnin, 5 Januari 2009

PROGRAM KURSUS TANAMAN SERAI











Tanaman serai secara "contract farming"belum lagi di usahakan tetapi dalam proses mengenali perusahaan ini,pada 05 januari 2009 jam 11.30 pagi satu sesi taklimat mengenai tanaman serai secara "contract farming" antara serai yang di gunakan adalah serai CV Peha Ayam Klon Tisu. Penceramah yang manyampaikan taklimat ini ialah Encik Sharul pegawai operasi dari zon selatan..Mengapa serai ini dipilih kerana serai ini berbeza dari serai kampung yang biasa digunakan,kandungan minyak pada serai peha ayam klon ini jauh lebih banyak berbanding dari serai biasa..

Jumaat, 2 Januari 2009

Karnival Jom Internet 2008 di Kuala Lipis





Karnival Jom Internet telah berlangsung pada 10 dan 11 Disember 2008.Semasa karnival itu berlangsung pelbagai aktiviti yang menarik diadakan antaranya adalah lari dalam guni, perlawanan futsal,kursus ict dan sebagainya.Seramai 9 orang penyelia PPIK PAHANG yang terlibat iaitu PPIK Benta,Merapoh,Jeruas,Damak,Kemasul,Lurah Bilut,Pulau Tawar dan PPIK Bukit Nikmat.Karnival ini telah memberi banyak manfaat kepada penduduk di Kawasan Lipis tentang pentingnya pengetahuan ICT dalam kehidupan seharian mereka..

Projek keusahawanan komuniti di Benta




Projek keusahawanan komuniti Benta dijalankan secara berkelompok,antaranya projek yang dijalankan adalah penternakan lembu dan kambing,pengusaha gula kabong Benta,dan projek tanaman cili secara berperingkat.Antara salah satu projek yang kini semakin membangun adalah penternakan kambing,pengusaha gula kabong Benta manakala tanaman cili secara berperingkat masih dalam proses untuk tanaman fasa 2.
Penternakan kambing kini dalam proses untuk menambahkan bilangan kambing yang kini berkurangan akibat penjualan dan permintaan kambing oleh pengguna.Selain penternakan kambing,di tempat yang sama pengusaha juga menternak itik bertelor dan bilangan itik pada masa permulaan penternakan ini sebanyak 10 ekor,dan akan ditambah pada masa akan datang.

Pengenalan Bandar Benta

Benta adalah sebuah bandar di antara kampung,di Benta terdapat pelbagai kemudahan antaranya ialah,balai polis,poliklinik komuniti Benta,pejabat pos,shell minyak,dan petronas..Benta merupakan laluan utama yang akan di lalui oleh pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Kelantan.