CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 5 September 2009

Program Sambutan "Ramadhan Datang Lagi" di Dataran Teratai Benta
























Bersempena kedatangan ramadhan baru-baru ini,Ahli Jawatankuasa Penduduk Taman Teratai Benta telah membuat satu program majlis sambutan "Ramadhan Datang Lagi".Program ini dirasmikan oleh YB. Dato' IR Haji Mohd Soffin Bin Tan Sri Abdul Razak (Adun Benta)
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antara nya ialah, Ceramah Agama yang disampaikan oleh Pegawai Agama Islam Daerah Lipis (Imam Dahili) , pertandingan memasak tertutup oleh penduduk taman Teratai Benta,persembahan nasyid dari tetamu jemputan dan tuan rumah iaitu kumpulan nasyid dari kg. Tanjung Besar,dan Kumpulan nasyid Taman Teratai, penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim,warga emas,fakir miskin dan juga sumbangan kepada mualaf...YB.Dato juga telah menyampaikan sumbangan kepada W.I Benta sebanyak RM 5000.00. sebelum majlis bersurai jamuan makan tengah hari diadakan. Manakala acara kemuncak ialah rebut gula-gula bagi kanak-kanak dan rebut gula-gula bagi kaum ibu.Semua Pihak berpuas hati dengan program ini..Program seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim diantara satu sama lain,dapat memupuk semagat kerjasama diantara taman perumahan di sekitar kawasan Benta.
Tarikh :8 ogos 2009
masa : 8.30 pagi - 2.30 petang
Tempat : Dataran Taman Teratai Benta

Dirasmikan Oleh : YB.Dato' IR Haji Mohd Soffi Bin Tan Sri Abdul Razak
(Adun Benta)

Rabu, 2 September 2009

Kursus Pengurusan Program Peringkat Negeri Pahang









Program Di Teluk Kemang,Port Dickson

meeting untuk Program Majlis Penutup

aktiviti riadah di hari kedua di APBM
sesi perlantikan ajk program

aktiviti yang di buat oleh peserta di Teluk Kemang
Port Dickson, Negeri Sembilan.

sesi pembentangan kertas kerja oleh peserta

aktiviti malam mencipta logo kumpulan

sesi soal kenal antara peserta dari
Benta dan felda Chemomoi Triang Pahang

aktiviti pembentangan kertas cadangan



pada 17 hingga 20 julai 2009,Majlis Belia Daerah Lipis ( MBDL) telah menghantar seramai 11 orang peserta dari daerah Lipis ke Port Dickson Negeri Sembilan bagi mengikuti kursus pengurusan program Peringkat Negeri Pahang yang dijalankan di Akedemi Pembagunan Belia Malaysia Port Dickson.
Melaui Program ini,para belia telah dapat mempelajari cara-cara mengendalikan sesuatu program samaada rasmi mahupun tidak rasmi..
Tarikh : 17 julai 2009 - 20 julai 2009 Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg Tarikh : Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson,Negeri Sembilan...

-..MAJULAH BELIA UNTUK NEGARA..-
Belia Benci Dadah!!!!!!!!











- ucapan kepada semua-


Friendster Generators and layouts at spidertube.com

Jumaat, 3 April 2009

Ucapan Takziah tulus ikhlas dari warga PPIK Benta..

Salam takziah dari warga PPIK Benta kepada Encik Shukor bin Dahlan(Ajk PPIK Benta) sekeluarga atas sekembalinya kakak beliau ke rahmatullah pada 2 April 2009 bersamaan 6 Rabiulakhir 1430 hijrah semoga roh kakak beliau ditempatkan digolongan orang yang beriman..Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh kakaknya.
Tulus ikhlas dari warga PPik Benta.

Khamis, 2 April 2009

Musnah dalam Satu Kebakaran


ahli keluarga mangsa kebakaran

ketua kampung (baju putih)Benta melihat kebakaran

Ranap dalam kebakaran

Pihak bomba sedang memadam kebakaran

Benta-Sabtu, 28 March 2009 satu kebakaran telah berlaku di kampung Ulu Nabun yang terletak di tepi haighway Benta.Kebakaran ini melibatkan sebuah rumah penduduk kampung yang terletak di antara sebuah kebun getah dan kebun kelapa sawit.Rumah penduduk ini terpinggir dan jauh sedikit dari rumah penduduk lain.Kebakaran ini berlaku sekitar jam 9.00pagi,di mana tuan rumah ke pekan Benta untuk menjual sayur,menjual sayur adalah rutin harian bagi tuan rumah tersebut untuk menambahkan pendapatan.Kebakaran yang berlaku disedari oleh seorang penduduk yang melalui kawasan tersebut untuk ke pekan Benta,dan terus memberitahu pihak polis dan bomba.mengikut keterangan pihak polis kebakaran berpunca dari api ubat nyamuk yang terletak disudut ruang tamu,rumah tersebut tidak mempunyai bekalan elektrik dan hanya menggunakan ganerator sendiri.Pihak polis berkata kebakaran ini bermula dari ruang tamu dan merebak keseluruh rumah,semasa ketibaan pihak bomba api sedang marak memusnahkan rumah tersebut.Tiada apa apa yang dapat diselamatkan mujurlah tiada nyawa yang tekorban semasa kebakaran tersebut.Penduduk Benta saling membantu memberi sedikit sumbangan kepada keluarga tersebut.



Ahad, 15 Mac 2009

Karnival Perkahwinan Di Dewan Benta









Karnival ini di anjurkan oleh Kelab Usahawan Bestari Benta dan Anjuran Bersama Butik Ratna Benta yang menyediakan pakaian pengantin,Karnival tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Benta yang terletak berhampiran dengan PPIK Benta.Program tersebut diadakan pada 7&8 march 2009 Bermula jam 3.00petang Sabtu 7 March 2009 sehingga 8 March 2009 jam 11.00malam.Antara acara yang di jalankan ialah jualan-jualan di meja kaunter,selain itu acara memperagakan pakaian pengantin dari Butik Ratna turut di diadakan pakaian diperagakan oleh model Remaja dari Benta.

Khamis, 26 Februari 2009

Bengkel bersama AgRo BaNk CaWaNgaN LiPis




Bengkel ini di anjurkan oleh kelab usahawan bestari komuniti Benta..Pada 12/2/2009 iaitu hari khamis bersamaan 16hb safar 1430hijrah.Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu golongan usahawan dalam mendapatkan pinjaman permodalan mahupun pinjaman memperbesarkan projek keusahawanan dari pihak AgRo Bank untuk memajukan lagi projek keusahawanan penduduk kampung.Bengkel ini dijalankan di Balai raya Pekan Benta..

Antara produk AgRo BaNk ialah:
  • Modal usahawan tani
  • pinjaman Beli Tanah
  • Syarat-syarat pinjaman
  • 6 bulan ada akaun dengan agro bank
  • seorang penjamin ahli kuarga terdekat
  • pinjaman sebanyak 10 ribu ringgit keatas
  • Belia Tani
  • Syarat pinjaman
  • jumlah pinjaman 5ribu keatas
  • dapat sokongan dari pengerusi belia daerah
  • didaftarkan bawah Kementerian Belia dan Sukan
  • Pinjaman Peribadi
  • Syarat pinjaman
  • Gaji minima RM1ooo keatas
  • 6bulan berkhidmat dengan kerajaan
untuk maklumat lanjut layari www.agrobank.com.my





www.agrobank.com.my