CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 3 April 2009

Ucapan Takziah tulus ikhlas dari warga PPIK Benta..

Salam takziah dari warga PPIK Benta kepada Encik Shukor bin Dahlan(Ajk PPIK Benta) sekeluarga atas sekembalinya kakak beliau ke rahmatullah pada 2 April 2009 bersamaan 6 Rabiulakhir 1430 hijrah semoga roh kakak beliau ditempatkan digolongan orang yang beriman..Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh kakaknya.
Tulus ikhlas dari warga PPik Benta.

Khamis, 2 April 2009

Musnah dalam Satu Kebakaran


ahli keluarga mangsa kebakaran

ketua kampung (baju putih)Benta melihat kebakaran

Ranap dalam kebakaran

Pihak bomba sedang memadam kebakaran

Benta-Sabtu, 28 March 2009 satu kebakaran telah berlaku di kampung Ulu Nabun yang terletak di tepi haighway Benta.Kebakaran ini melibatkan sebuah rumah penduduk kampung yang terletak di antara sebuah kebun getah dan kebun kelapa sawit.Rumah penduduk ini terpinggir dan jauh sedikit dari rumah penduduk lain.Kebakaran ini berlaku sekitar jam 9.00pagi,di mana tuan rumah ke pekan Benta untuk menjual sayur,menjual sayur adalah rutin harian bagi tuan rumah tersebut untuk menambahkan pendapatan.Kebakaran yang berlaku disedari oleh seorang penduduk yang melalui kawasan tersebut untuk ke pekan Benta,dan terus memberitahu pihak polis dan bomba.mengikut keterangan pihak polis kebakaran berpunca dari api ubat nyamuk yang terletak disudut ruang tamu,rumah tersebut tidak mempunyai bekalan elektrik dan hanya menggunakan ganerator sendiri.Pihak polis berkata kebakaran ini bermula dari ruang tamu dan merebak keseluruh rumah,semasa ketibaan pihak bomba api sedang marak memusnahkan rumah tersebut.Tiada apa apa yang dapat diselamatkan mujurlah tiada nyawa yang tekorban semasa kebakaran tersebut.Penduduk Benta saling membantu memberi sedikit sumbangan kepada keluarga tersebut.