CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 10 Januari 2009

Aktiviti membuat bubur Asyura di Benta...



Pada 10 januari 2009 komuniti di Benta telah bersepakat membuat bubur asyura sempena maal hijrah ini,mereka membuat bubur asyura di perkarangan masjid Benta,mereka telah mengatur kerja dengan baik antaranya pembahagian group wanita,ada yang basuh ayam,basuh daging,
potong bawang,potong ubi keledek,labu,dan sebagainya untuk di buat masak tengah hari........
Bagi lelaki pula mereka bahagian memasak,mengacau,menyediakan peralatan memasak antaranya menyediakan dapur,tungku tempat masak dan sebagainya...Komuniti di Benta ini sememangnya bersepakat dalam melakukan pelbagai aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada kampung.Semangat bergotong-royong dan kerjasama yang diberi dari setiap orang maka sesuatu program yang dirancang akan berjalan lancar dengan jayanya tanpa ada cacat celanya.