CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 5 September 2009

Program Sambutan "Ramadhan Datang Lagi" di Dataran Teratai Benta
























Bersempena kedatangan ramadhan baru-baru ini,Ahli Jawatankuasa Penduduk Taman Teratai Benta telah membuat satu program majlis sambutan "Ramadhan Datang Lagi".Program ini dirasmikan oleh YB. Dato' IR Haji Mohd Soffin Bin Tan Sri Abdul Razak (Adun Benta)
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antara nya ialah, Ceramah Agama yang disampaikan oleh Pegawai Agama Islam Daerah Lipis (Imam Dahili) , pertandingan memasak tertutup oleh penduduk taman Teratai Benta,persembahan nasyid dari tetamu jemputan dan tuan rumah iaitu kumpulan nasyid dari kg. Tanjung Besar,dan Kumpulan nasyid Taman Teratai, penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim,warga emas,fakir miskin dan juga sumbangan kepada mualaf...YB.Dato juga telah menyampaikan sumbangan kepada W.I Benta sebanyak RM 5000.00. sebelum majlis bersurai jamuan makan tengah hari diadakan. Manakala acara kemuncak ialah rebut gula-gula bagi kanak-kanak dan rebut gula-gula bagi kaum ibu.Semua Pihak berpuas hati dengan program ini..Program seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim diantara satu sama lain,dapat memupuk semagat kerjasama diantara taman perumahan di sekitar kawasan Benta.
Tarikh :8 ogos 2009
masa : 8.30 pagi - 2.30 petang
Tempat : Dataran Taman Teratai Benta

Dirasmikan Oleh : YB.Dato' IR Haji Mohd Soffi Bin Tan Sri Abdul Razak
(Adun Benta)